Followers

Monday, December 6, 2010

kek lapis pandan / pandan layer cake

Assalammualaikum... Kak Sue dah banyak kali buat kekni..!!memang sedap.!!dah bayak jenis resepi dicuba..  anak-anakpun suka..lembut dan manis...hinggakan pada hari  pertunangan anak mak cik Bibik Anie pun saya buatkan..dua buah kek sekali.. kerana ia begitu mudah dan senang...terima kasih kepada yang empunya resepi...."selamat bertunang kepada Khairul Kamal dari batu10 kebun baru, semoga selamat ke jinjang pelamin tidak lama lagi......!!!"


 KEK PANDAN LAPIS 

  kek yang baru ditabur kalapa kering...
kek sudah pun dikaluarkan dari dalam petisejuk...bila nak potong barulah ditabur kelapa kering supaya kelapanya terasa rangup dan garing barulah sedap...ikut sukala...labu..!!!.tak lupa juga kepada puan noraini zakaria yang banyak menyumbang...dan serta teman-teman blog  yang lain...ini adalah salah satu resepi kek lapis pandan yang pernah Kak Sue buat...maaflah Kak Sue hanya copy paste dari teratak chetam aje...

Kek Pandan Lapis
Sumber : Aneka Hidangan Kek/ teratak chetam  


Bahan kek:
110 gm gula kastor
*110 gm tepung berserbuk penaik
110 ml santan
*100 gm tepung gandum
50 ml air daun pandan
4 biji telur – dipukul
4 biji kuning telur
2 sudu besar marjerin
*½ sudu kecil krim tartar
*½ sudu kecil baking powder

Bahan kaya pandan:
125 gm gula kastor
50 ml santan
50 ml air daun pandan
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar agar-agar
½ sudu kecil pewarna hijau
(Satukan semua bahan dan masak hingga pekat.

Cara
Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah selsius. Lenserkan acuan kek dengan marjerin.
1.Pukul gula kastor dan kuning telur hingga kembang.
2.  Masukkan tepung gandum, tepung berserbuk penaik, krim tartar dan baking powder.(*)diayak masukkan sekali aje...
3. Gaulkan hingga adunan rata.
4. Tuangkan santan, air daun pandan dan putih telur. Adun hingga sebati.
5. Masukkan marjerin, pewarna hijau dan gaul rata.
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan bulat. Bakar dalam ketuhar selama 20 minit. Sejukkan kek ini.
7. Potong kek kepada 3 lapisan.(dua lapisan aje...) Sapukan setiap bahagian dengan kaya pandan dan lapiskannya.
8. Sapukan lebihan kaya pandan di permukaan kek. Simpan dalam peti sejuk.Bolehlah ditabur dengan kelapa kering.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...