Followers

Wednesday, February 23, 2011

.:ya!! wajar aku berada di sini:.

Pernahkah! anda terfikir pokok yang hidup dengan sihat penuh ditumbuhi dengan cendawan kukur!!                                    
Mungkin jarang sekali berlaku lagi..al..maklumlah, zaman sekarang ni susah kita nak lihat cendawan kukur ni tumbuh...apa yang nak Kak Sue kongsikan bersama ialah ia                                               
banyak tumbuh diatas batang pokok mempelam yang berada di perkarangan rumahku!!...
Setiap batangnya penuh tumbuh dengan cendawan



 
Lihatlah..geram rasanya tak sabar nak ambil...buat masak lomak cili api pun sodapni!!!
beginilah hasilnye...bila dah dipetik..berhati-hati nanti jatuh!! 

langkah berjaga2 sediakan ridsect sebelum digigit!!..                                                                                                                           


hee..seram bila berhadapan dengan sang kerengga ni...


Selesai cendawan dikutip semua dahan dicantas bagi mengelakkan daunnya dari menyentuh atap rumah.. supaya sang kerengga tidak berpeluang  meniti diatasnya...

.:GULA-GULA BABI:.

   

Awas! gula-gula babi


Umat islam hari ini begitu terdedah kepada pelbagai jenis makanan dan minuman yang berada dipasaran... khususnya prodak makanan import yang rata-rata datangnya dari negara bukan islam atau diusahakan oleh orang bukan islam yang pastinya menimbulkan banyak persoalan berkaitan masalah-masalah prodak ini kerana diakui adalah bukan mudah untuk kita mengenali sumber bahan-bahan tersebut atau dengan kata lain tidak mudah untuk kita menentukan permasalahan bahan tersebut,sedangkan rasulullah s.a.w bersabda:

"Tinggalkanlah apa yang meragukan untuk menuju kepada sesuatu yang tidak meragukan".
AS

ada Magic Pada gambar ?






ada Magic Pada gambar ?


 Telah lama melayan 
mata...tiba2
 berkenan lak
 pd satu gambar ni!! yang buat aku terpikat,lalu aku wat la kat cini...apa kata korang?..kalau pening kepala makanlah ubat panadol tpi kalau masih pening gak !tenguk la kat sini dulu!! aduh sakit yee..mataku!!..lagi la pening kepalaku ini aku gi tempat lain la! dulu...
bukan animation atau gambar bergerak ia cuma gambar biasa ajee!!ia nampak bergerak bila mata kita bergerak!! aduh!! semakin pening ni!!!!!



ni..berputar le..pulak, aduh pening!! pening !!
maleh nak layan ni!!

bjay69

Monday, February 21, 2011

"puding roti pelangi"

Rasa macam pernah dengar puding roti ni!!...
TETIBA JE..(BUAT LAWAK PUDINGNI!!)JADI PETA MALAYSIA
sapa nak ajar buat yee..
bila tanya? 
nanti la,senag ajee.. tapi tah bila!!..
Rasanya lagi sedap kalau orang yang buatkan!!..
lemak gitu!!!
Kak Sue nekat nak cuba sendiri..
 tapi lama gak la cuba tak pernah pun, jadi secantik ni...               
PUDING ROTI PELANGI
Ngapa tah asyik lembik semacam jee!!.                             
macam mana nak jadi keras yee!!penatlah dok cari mana2 buku                           atau resepi kat mana-mana..
 Kak Sue redah campurkan aje dari resepi yang asal..tup! tup! jadi la pulak!!..

 puding roti pelangi
bahannya:-
1paket agar2
1liter air
8 sb gula
4keping roti-koyak2kan
1/2 tin susu
1 biji telur
1st vanila
1cwn tepung kastat + sedikir air
2sb serbuk koko+air
warna merah,hijau


caranya:-
1)Susu,telur,roti-blender je..(a) 
2)Agar-agar dan air masak atas api hingga agar2 cair masukkan gula,vanila dan (a)
3)Masukkan gula,vanila dan (a) 
 4)Masukkan tepung kastat hingga didih dan pekat
5)Bahagi kepada 4 - merah
                              - hijau
                              -warna asal
                              -coklat iaitu serbuk koko
6)Selang selikan di dalam loyang hingga habis..siap!



Wednesday, February 16, 2011

.:Kemerdekaan & Andai Rasulullah Bersama Kita:.


"Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat."
Kemerdekaan & Andai Rasulullah Bersama Kita
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

sunset-evening-beautiful-scenery.jpg
Sekali lagi kita menyambut hari kemerdekaan. Andai Rasulullah bersama kita hari ini, apakah mungkin reaksi baginda Nabi s.a.w melihat kemerdekaan disambut dengan kejauhan umat manusia dari kitab Al-Quran dan sunnnahnya?. Disambut dengan 'kemeriahan' gejala membuang bayi  hasil zina, seribu satu macam maksiat dan jenayah. Manusia semakin hilang sifat insan, masyarakat tidak lagi berkasih sayang kecuali kasih bersalut dengki, hasad dan nafsu yang membawa kemusnahan.
Baginda bertungkus lumus mengajak kita kepada Allah agar kita selamat serta mendapat segala belas dan rahmat Allah di alam yang tiada gunanya lagi anak, keturunan, pangkat dan harta.  Ajaran dan peraturan Al-Quran dituduh kuno, tiada relevansi dengan dunia kini. Bersempena hari kemederkaan yang jatuh di sepuluh terakhir Ramadan tahun ini, beringatlah diri sebelum terlambat.
 Wahai Rasulullah,

Tika ini, jika engkau hadir bertamu,
Mungkin mengalir deras airmatamu,
Dek kesayuan mengenang umatmu,
Terlalu jauh dari Allah dan risalahmu,

Wahai Rasulullah,
Nafsu kini menjadi tuhan,
Harta dan pangkat menjadi sembahan,
Melalaikan segala arahan & janji ketuhanan,
Ibadah dirasa berat tidak tertahan,
 Al Quran bukan lagi panduan kehidupan.

Wahai Rasulullah,
Kedamaian rumahtangga semakin hancur,
Sikap curang semakin subur,
Peranan ibubapa kian gugur,
Ketaatan anak-anak turut melebur,

‘Barah' di dalam keluarga menjadi parah,
Akibat solat yang tiada berarah,
Amat jauhlah keikhlasan ibadah

Wahai Rasulullah,
Kami  tidak mahu lupai jasa & kesukaranmu,
Namun ramai mendustakan ajaranmu,
Harta kini lebih dicintai dari cintamu,
Cinta Allah & Rasul menjadi lafaz kaku,
Seperti khayalan yang nyata palsu,

Wahai Rasulullah,
Dosa kami ibarat lautan tidak berpenghujung,
Namun dirasa umpama lalat di hujung hidung,
Hinggapnya hanya sebentar,
Bila ditepis ia tidak lagi berkunjung...

Taubat kami kurang kekesalan,
Tiada penghayatan, tiada keinsafan
Hati kian berkarat, dipenuhi dosa tanpa Nur Tuhan,
Anehnya, kami masih merasa layak ke syurga idaman,

Wahai Rasulullah,
Aurat wanita tercemar kian,
Berbangga ditayang & dihias berlebihan,
Ditagih penghargaan dan kalam pujian,
Tidak dipeduli murka Tuhan,
Bapa & suami dayus suatu kebiasaan,
Cuaikan amanah ketua keluarga lantikan tuhan,

Wahai Rasulullah,
Bersamamu, kami merindui kehidupan,
Namun adakah diri ini punyai kelayakan,
Dibanding sahabat, tabien & solihin yang beriman,
Dimanakah tempat kami di sisi insan kesayangan Tuhan,
Dipohon syafaatmu duhai kekasih pilihan,

Wahai Rasulullah,
Belas Allah kami harapkan,
Moga , tatkala menjelang kematian,
Jiwa yang sejahtera dapat kami hamparkan.


Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Leicester, UK
31 Ogos 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...