Followers

Friday, August 26, 2011

cara mengatasi karenah anak ketika menunaikan ibadah puasa...

Assalammualaikum....
mungkin agak terlambat sedikit tapi masih boleh digunakan dimasa akan datang!
adui! tak sanggup rasanya...nak teruskan puasa ni...makan boleh?
minum? sikit je!...lepas tu puasa la balik!!...amboi!, mmm...
takpun, Aiman benci ibu!..ibu jahat!.Karang Allah marah ibu!... sebab tak bagi Aiman makan..
okey..makan! makan! (gertak je..).
ibu! dah azan ke belum? 
tak nak kawan ibu!!(merajuk)
ala! cayang! cayang! bucuk! nak makan ya!!(acepeteek!...)

  • Kalau nak makan atau minum kata lapar lengah-lengahkan mengatakan belum lagi azan!.azan zohor,asar ke? padahal lambat lagi...lama2 dia lupa...bila dah azan kalau waktunya dah lepas suruh tunggu azan lagi satu!..lama-lama sampai juge waktu buka.
  • kalau pegang makanan ingatkan dia sayang! lagi sikit lagi tinggal beberapa jam lagi..tenguk jam dan buat2 kira jam.
  • kalau mengamuk baling barang, jangan tenguk atau layan dia tengah mengamuk/ merajuk tinggalkan sorang-sorang tapi kita jenguk apa yg dia buat tanpa dia ketahui.Lepastu pujuk la balik.. kata, ibu nanti penat nak kemas balik macam mana nak masakni dah dekat buka!...padahal lama lagi!..
  • kalau dah dekat waktu buka bawak jalan-jalan kat pasar ramadan belilah apa yg dia suka satupun dah cukup!..
  • kalau dia kata bukan-bukan maki ke? pukul ke?apa ke? kata baik-baik tak baik kata ibu macamtu/buat macam tu! nanti jadi anak durhaka! tuhan marah..dia faham tapi saje nak tunjuk perangai atau tak puas hati sebab kita tak layan dia...
  • suruh dia mandi/atau mandikan dia supaya badan jadi segar.
  • ajak tidur sama-sama walaupun mata kita tak ngantuk!..(seelok-eloknya didepan tv..tepuk2 lama2 tidur la!..kalau tak boleh juga masuk bilik la!!..)
  • kalau selalu jenguk kat dalam peti ais jangan tinggalkan lebihan makanan ditempat yg boleh dicapainya atau dilihat.kalau ternampak jugak saja tegur nak makan ya!! saja cakap nanti ya! sikit lagi...kata tak sedap? dah sejuk ke? dah basi ke? apa-apa le!..
  • bila dah bising-bising sangat tak boleh nak pujuk saje pergi dapur kata nak masak la ni.. dah dekat buka padahal lama lagi!...
  • kalau dia kata sakit perut lapar! ambil ubat tolong sapukan sambil pujuk katakan, memanglah... kita pun sakit perut juga! sama2 buat lawak suruh dia dengar perut kita pula berbunyi!..kriyok! kriuk! saja bunyi ngan mulut...pastikan dia memang tak ada penyakit dalaman( perut )nanti lain pulak jadinya!!..selain dari tu! biar je dia nagis kalu tak boleh berhenti ,lama2 senyap le tu!!

 ada apa-apa yang nak tambah lagi...atau yang tak puas hati...boleh bagi cadangan..
丂u尺ノムイノᄊムレ乇ズ

Tuesday, August 23, 2011

ESOK ADIK PUASA LAGI TAU!!...(cara-cara supaya anak-anak suka dan senang nak berpuasa!!) PART 1

Assalammualaikum....
selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua...begitu juga adik2.
ada beberapa langkah dan cara-cara mengajar anak2 ini supaya suka/berminat untuk melakukan ibadah puasa pada peringkat awal lagi!!..

SI ADIK YANG BARU BERUMUR 4 TAHUN - Telah mula menjalani ibadah puasa!
alhamdulilah..insyaallah banyak puasa tahunni...
SI ABANG YANG BERUMUR 7 TAHUN -Telah mula penuh menunaikan puasa semenjak berumur 5 tahun lagi.
oleh kerana faktur umur yang terlalu muda semasa berumur 4tahun pada kiraan tahun (lahir bulan 12) ibadah puasa tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.. hanya separuh-separu hari saja itupun berbuka ketika azan zohor dan asar...(masih hisap susu botol)


 nampaknye terpaksalah kita menunaikan ibadat puasa juge...
(memandangkan makanan tidak mencukupi kerana ada yang memilih makanan...walaupun dah ada makanan kucing..)

  •  ceritakan suasana keseronokan berpuasa pada esok harinya-nanti sahor bangun tau! ibu kejutkan makan bersama-sama.ada ibu,ayah,abang,kakak...keadaan suasana bila makan satu meja(hidangan apa?) dan keseronakkan berbuka puasa nanti...(termasuk kewajipan didalam islam dan cerita mengenai larangan dan perkara yg dibolehkan.pokok kata semua cerita yg best2 je...
  • esok sahor nak makan ape cakap aje...nanti buatkan (pastikan makanan seperti naget,ayam yg nak digoreng ,kentang dll dah dibeli awal dari kedai.kerana bila sahor anak2 ada yg tak suka makan nasi.
  • bila malam sama2lah baca niat puasa dengan adik beradik yang lain...jadi suasana keseronokan nak puasa esoknya dah dirasainya...
  • bila kejutkan sahor pastikan makanan dah siap tinggal bangun makan saja..kerana anak2 tak suka duduk lama dimeja makan..nanti nagis la..nak tidur la...penat..marah2 dan bermacam2 ragam lagi..nanti kita tak makan ,satu kerja pun tak jadi!...(pastikan kita dah makan dulu...!!).
  • bila kejutkan... pujuk dia kata nak puasa? bangun la sahur! ada ayam goreng..apa2 la... sebutla makanan kegemarannya...air ke? 
  • kalau nak bangunkan.. kalau boleh biar dia jalan sendiri kat meja makan..Pastikan dah buang air dah basuh mukanya sekali (supaya tak mengantuk) nanti kat meja makan tak de la.. baru sebuk nak buang air ke! ape ke!..kalau badannya kecil,kurus bolehlah digendong tapi kalau badan kus semangat! pandai2 la nak buat ape...
  • agak2 tak boleh makan sendiri tolong suapkan walaupun matanye pejam...kalau tak nak..tak pe pujuk dia, tidurla...bukak mulut je!..nanti dah kenyang boleh sambung tidur ,biar mak suapkan...baik2 nanti tercekik/tersedak pulak!.bila minum guna je penyedut minuman.
  • pastikan air susu dah disediakan dulu didalam botol.kalau tak boleh makan banyak sekurang2nya dia dapat membantu...(untuk rasa kenyang keesokannya...).
-mungkin ada yang nak tambah lagi...

p/s:-perlu ada kesabaran yang lebih kerana kita akan menghabiskan masa yang berjam2 melayan kerenah mereka...itu belum tumpuan pada anak2 yang lain yg dah dewasa yg begitu liat nak dikejutkan...kalau dah bangunpun masih tersadai kat kerusi!...ada yang dah bangun duduk kat meja makan tau2 dah tertidur kat meja..baru tinggalkan kejap kejutkan yg lain...boleh bangun balik tidur kat bilik..belum makan lagi tu!!...ada yang ada hati tenguk jam... boleh kata, lambat lagi! padahal dah pukul 5.30...bila dah jaga,baring lagi... tergolek sana tergolek sini las2 tak bangun jugak!!..(tidur lagi!!) mmm....macam2 hal!.

 丂u尺ノムイノᄊムレ乇ズ





Thursday, August 18, 2011

Telur Dadar Gebus!!! Buat mereka yang lambat bangun sahur!!!

Assalalmmualaikum...
Hari-hari jadi boring bila catatan tidak boleh beroperasi seperti biasa...lama gak le.. ape masaalahnye
Kak Sue pun tak tau...
Macam masakan ni le juge bila asik dok masak!,masak! sampai boring tak tahu nak masak ape.. las-las buat telur dadar je...sedap lak bila makan pada waktu sahur! bila waktu dah suntuk,bangun lambat melayan mata..pejam celik-pejam celik (lambat gi!)nahh...dah pukul 5.30 mengagau..bangun..alamak!..aduhh! habis anak2ku sempat tak nak makanni! nak kejutkan diorang kang satu hal!..nasi ade lebihan buka!hangat je! haa..wat telur dadar je le!!!kalau diikut kan tak le liur sangat! tapi nak kasi cantik,gebu...ikutinye sajaa...

TELUR DADAR GEBUS!
Bahan-bahannya:-
3biji telur
1biji bawang besar-potong dadu
1sb jus lemon
1/2st baking soda
1cawan minyak-panas + sedikit serbuk kunyit = untuk menggoreng telur
4tangkai cili padi-hiris serong nak pedas tambah lagi..
sedikit lada putih
sedikit garam

Cara-cara:-
1)Campur semua bahan gaul (a)
2)Minyak dah panas
3)Masuk telur dalam (a) kocokkan sedikit..tuang dalam kuali semua..lebarkan dengan mengangkat sedikit telur dadar yg telah garing perlahan2 supaya lebihan telur di atas pula yg belum masak akan mengalir ke belakang telur biar hingga garing ulang lagi supaya telur dadar masak rata. Barulah telur itu dibalikkan.Masak sekejap sahaja dibahagian atas tadi.Angkat.
 p/s:-Sedap dimakan ketika masih panas!
丂u尺ノムイノᄊムレ乇ズ

Saturday, August 13, 2011

HATI2 GUNA CYBER CAFE !!

Assalammualaikum...selamat berpuasa!..Kak Sue ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua apa yang Kak Sue rasa perlu semua tahu! atau ada yang terlepas pandang!..menganggap ianya tidak kena mengena dengan kita tapi kita perlu juga tahu ..
BERHATI-HATI SEGALA RAHSIA BERADA DIHUJUNG JARI KAMU!!





Bagi mereka yang suka pergi cyber cafe..


Ia sangat penting terutama pada orang 


yang suka on9 di Cyber Cafe...


sebelum gunakan PC..1st Check device ni sama ada disambungkan dekat CPU atau tak.



Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC,



ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu


...

Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka 


berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk 


mengakses account bank online atau site penting lainnya
.

Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn 


mudahnya untuk membuka account itu kembali dengan apa yang sebelumnya anda 


ketik ,yang telah tersimpan di dlm Black Device
.

Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di 


belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site 


penting.

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua..



Oppss..Jangan lupe kongsi dengan kawan-kawan yang tak tahu ye..:)..

sumber : wikipedia



p/s:-jangan terlalu percaya data yang kita simpan berbentuk peribadi tidak diketahui umum..zaman sekarang segalanya mungkin....(aku yang merekamu mana mungkin aku tidak bisa mengendalikanmu semula...aku tahu!!apa yang kamu tak tahu!! kod rahsia,pasword dll semuanya aku yang minta!!)ia umpama dairi yang disimpan dengan kemas dan penuh tanggungjawab akan terungkap apabila kita telah tiada...maka terungkaplah kisah-kisah silam yang akan mengibkan kita untuk tatapan mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab walaupun ianya telah dihapuskan didalam ingatan/momori dengan penuh keinsafan...tetapi ia akan kembali menghantui sisa-sisa perjalanan yang pasrah tidak terdaya menepis segala kebenaran yang kita cipta sendiri...





丂u尺ノムイノᄊムレ乇ズ

Tuesday, August 9, 2011

produk ‘Golden Churn Creamy Butter’yang mengandungi DNA babi

Assalammualaikum....
Dikala zaman yang begitu maju..kita harus lebih berhati-hati apabila membeli makanan/masakan bukan setakat itu saje... barangan atau makanan dibazar ramadan juga harus diambil kira.Adakah kita tahu dimana mereka mendapat tempahan/borong untuk mendapatkan barangan tersebut?Memandangkan penggunaan kuantiti yang banyak lagi menggalakkan,pasti berlaku percampuran pembekal.Tambahan pula barangannya hanya tinggal masak dan jual saja.Contohnya fish cake,bebola ikan,daging burger dan sebagainye le!..Barangan tersebut sememangnya secara langsung dicampur, cara pengunaan dagingnya.Bagaimana pula kalau tidak menggunakan daging...!
Belum reda dengan cerita yang ada, produk ‘Golden Churn Creamy Butter’yang mengandungi DNA babi  pula telah lama berada dipasaran baru kini pula diketahui.Bagaimanalah nasib umat islam dimasa akan datang yang asyik termakan,terminum dan terpakai benda-benda yang haram ni yekk!

 bila Kak Sue buat kek lapis tak pernah jadi nipis berlapis-lapis,kemas dan lemak!

丂u尺ノムイノᄊムレ乇ズ

Saturday, July 30, 2011

"Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz telah meninggal dunia...atau dikenali sebagai Aleesha

Assalammualaikum....
masih ingatkah lagi satu kisah tentang seseorang yang bernama Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz atau juga dikenali sebagai Aleesha...dimana cerita beliau ingin membuat permohonan menukar jantinanya dimakamah tinggi belum lagi selesai...


KUALA TERENGGANU: Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang gagal menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana selepas ditolak Mahkamah Tinggi di sini kelmarin, mengakui tertekan dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya, tetapi tidak akan patah semangat untuk terus memperjuangkan hasratnya itu.
Sambil menyatakan mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, dalam sebak, Mohd Ashraf yang lebih mesra dipanggil Aleesha berkata, jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan pelbagai kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi laman sosial Facebook, beliau rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik.

“Suka atau tidak, perjuangan perlu diteruskan sehingga semua wadah perundangan tiada lagi. Ramai mahu saya berdiam diri daripada masalah ini, tetapi saya mahu kehidupan yang aman,” katanya dalam satu pertemuan di sini, semalam sambil ditemani ibu bapanya.

Mohd Ashraf membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi pada 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelakinya.
Menceritakan punca permohonannya ditolak, beliau mengakui tidak mendapat bantuan perundangan yang kukuh ketika mengemukakan permohonan, malah ketika peguam Horley Isaacs menawarkan diri membantu, pendengaran kes itu sudah sampai penghujungnya.

Berkongsi kesedihan ditanggung anaknya itu, ibu Mohd Ashraf yang mahu dikenali sebagai Mak Yah, 50, berkata masyarakat mudah melemparkan cacian kepada keluarganya tanpa memahami perasaan mereka.
Mak Yah dari Kampung Telaga Daing di sini, berkata sejak kes anaknya dilaporkan media, beliau dan suami, Abdul Aziz, 60, mendapat kritikan dan cemuhan masyarakat yang melabelkan mereka ibu bapa tidak bertanggungjawab.

“Hinaan itu sangat pedih, seolah-olah kami membelakangkan Allah dengan menyokong keputusan Mohd Ashraf membuat pembedahan menukar jantina,” katanya sambil mengesat air mata dengan kain tudungnya.
Mak Yah berkata, walaupun ciri kewanitaan Mohd Ashraf dikesan sejak bayi, mereka tetap terkejut apabila mengetahui anak lelaki sulungnya itu membuat pembedahan menukar jantina di Hatyai, Thailand pada 2009.
“Ketika pembedahan itu, kami menunaikan haji di Makkah. Dia tidak pernah memberitahu ujian perubatan dan penilaian paras hormon yang dibuatnya di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur dua tahun sebelum itu.

“Disebabkan marah dan sedih dengan perbuatannya itu, kami menghalaunya dari rumah dan membakar semua baju perempuan, tetapi kami tahu dia yang bertukar menjadi perempuan selalu pulang ke rumah dan hanya tidur dalam kereta,” katanya.
Sementara itu, Abdul Aziz yang juga bekas anggota tentera berkata, beliau selalu menekankan aspek disiplin kepada anaknya, tetapi buntu mencari jawapan masalah dihadapi Mohd Ashraf.

“Akhirnya, kami sekeluarga menerima hakikat dialami Mohd Ashraf dan tidak lagi hidup dalam penafian, tetapi kami disisihkan masyarakat.
“Mungkin masalah itu tidak serumit sekarang jika dari awal kami mendapatkan pandangan pakar berhubung keadaan Mohd Ashraf.
“Jika cara didikan dikatakan punca dia begini, kenapa dua anak angkat kami dan dua adik kandungnya tidak sedemikian,” katanya.



KUALA TERENGGANU - Lelaki yang tidak berjaya untuk bergelar seorang wanita dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi di sini baru-baru ini kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dipercayai akibat mengalami kemurungan ekoran kegagalannya itu.
Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz , 25, dikatakan mengalami masalah tersebut ekoran tertekan sejak Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa menolak permohonan menukar nama kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz pada 18 Julai lalu.
Kemuncaknya kira-kira pukul 3 pagi semalam, dia terpaksa dikejarkan ke HSNZ selepas mengalami muntah-muntah yang teruk.
Difahamkan, sehingga lewat petang semalam, dia masih menerima rawatan di ICU ke-rana tekanan darahnya terlalu rendah iaitu 80/40 namun Mohd. Ashraf masih sedar dan mampu bercakap dengan ahli keluarganya.
Bapa lelaki itu, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi HSNZ bagaimanapun meminta wartawan supaya tidak menemui anaknya itu kerana keadaannya masih dipantau rapi oleh doktor.
dari sumber:cosmo


kini kita dikejutkan pula dengan pemergian beliau...
Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, yang telah ditolak untuk menukar namanya kepada Aleesya Farhana oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 18 Julai lepas telah meninggal dunia pukul 5 pagi tadi.
Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sebuah hospital pukul 3 pagi kerana masalah jantung dan tekanan darah rendah.
Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.
Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.
Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’.
Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.
Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.
semoga beliau berada dalam golongan orang2 mukmin... Al Fatihah... 
丂u尺ノムイノᄊムレ乇ズ

Monday, July 25, 2011

SaMbAl IkAn TaNBaN

Assalammualaikum...
Fu! Yoh!...dah lama tak buat sambal ikan tanban...
masa dulu ikan ni le yg paling Kak Sue suka bila emak buat goreng...
kasi cili sikit..aduh! boleh teringat2 sampai harini!...
ikan ni boleh dikatakan low clas sikit sebab dia murah!
 daripada, ikan bilis yg dah dikopektu!.. tapi kalau yg belum dikopek!tu mm..
 kenalak, garis siripnye warna hitam!
 ape diharap liat betul! dah gorengpun boleh terkehellah dagu mengunyahnye...
tapi resepi dah diubah bagi pedas sikit!..

SAMBAL IKAN TANBAN
Bahan2nya:-
segengam ikan tanban-digoreng garing
 4tangkai cili besar-belander 
3tangkai cili padi-hiris 
2keping tempe-potong kecil(ikut suka)
 1/2 bawang besar potong bulat-digoreng(a)
 sedikit ikan bilis-ditumbuk
 garam, kunyit ,gula dan asam keping

 Cara2nye:-
1)Gaul tepe dengan garam,kunyit lalu digoreng.Goreng tempe hingga kuning-ketepikan(b)
 2)Tumis bawang,bilis,cili hingga masak mengunakan minyak pengoreng ikan tanban tadi.
 3)Masukkan gula,garam dan asam-rasa.
4)Masukkan pula ikan tanban,bawang,tempe dan gaul jangan lama nanti ikan tanban jadilembik tidak garing.

p/s:- makan ketika panas jangan masukkan air jika kering tapi tambah sedikit minyak.
丂u尺ノムイノᄊムレ乇ズ

Thursday, July 21, 2011

Pemenang Digi WWWOW Awards 2011

Assalammualaikum...
Pemenang Digi WWWOW Awards 2011 baru sahaja diumumkan (12 Julai).Masih belum terlambat untuk Kak Sue ucapkan tahniah kepada blogger2 yg telah berjaya.

 


1. Fave Tech Head : The Techno Hut
2. Must-Follow Personality : Ini Anwar Hadi

3. online Shop of the Year : Karysma Beads and Sequins

4. Online Story of the Year : Malaysia wins AFF Suzuki Cup

5. Fave Malaysian Female Online Celebrity : Stacy AF6

6. Fave Malaysian Male Online Celebrity : Nicholas Teo

7. Top Kay Poh : Lee Zi Wen

8. Top LOL (humor) : Blog Yang Amat Serius

9. Top Makan Makan Expert : Oh Malaysia

10. Picture of the Year : Beautiful White Orchid

 11. Video of the Year: bajetnyeewww (Anwar Hadi)

12. Blogger of the Year : Ini Anwar Hadi

13. Best Internet for Good Award : PetFinder.my

14. Best Internet for all Idea / Campaign : A.F.O Radio



p/s:- tahniah! kepada para blogger yang telah bekerja keras dan bekerja sama mempromosikan blog masing2.Apa2 pun bagi yang tidak berjaya tahniah kerana berani menampilkan diri..."tak kenal maka tak cinta"..Selepasni ramailah yang akan terjah blog ko rang.. jangan lupa tahun hadapan cuba lagi!!..Walaupun Kak Sue bukanlah kenal sangat ngan pemenang2ni..tapi anda semua telah buat yg terbaik!!!! terima kasih kepada semua kerana berkongsi cerita... 


丂u尺ノムイノᄊムレ乇ズ


Tuesday, July 19, 2011

ikan SUMBAT tom-yam KASI goreng...PUNYA !!

Assalammualaikum....
hemm... sedapnye dah lama tak makan ikan bakar! tapi leceh sikit..
ahh! baik Kak Sue kasi goreng je!
rasa same je! lebih kurang sama ngan bakar jugak!
 ape2 pun kasi goreng pulak!..yehh!!!
IKAN SUMBAT GORENG...
WADUH! TAK SABAR RASENYE NAK MAKAN...
Bahan2nye:-
2ekor ikan cencaru -belah dibelakang (perah jus limau nipis,lumur dengan garam,kunyit
*3sbcili giling
*sedikit halia-tumbuk lumat 
*4sb kelapa parut
*2batang serai-racik batang yg lembut-blander halus 
*1biji bawang putih-hiris 
*2biji bawang merah-hiris
*1sb ikan bilis-tumbuk halus 
*sedikit kiub tom-yam
1helai daun limau purut -racik halus
1biji bawang besar -belah dua
*garam
*gula

Cara2nye:-
1)Satukan bahan2(*)dalam lesung batu-tumbuk ambar(sekadar gaulkan saje bagi kasi kelapa hancur sedikit).
2)Gaul daun limau.Rasa masin,manis,masamnye.
3)Sumbat dalam belakang ikan kasi mampat supaya bila digoreng isinya tak keluar.
4)Goreng didalam minyak yg banyak yg telah diletakkan bersama bawang besar.Pastikan apinye sederhana kecil.Goreng hingga garing.Balik2kan perlahan2.
Siap.
p/s:-Api jangan besar nanti isi ikan akan terkeluar dan jangan pula terlalu kecil nanti sambal meresap minyak.


丂u尺ノムイノᄊムレ乇ズ


Thursday, July 14, 2011

pAjeRi TeRuNg...

 αѕѕαℓαммυαℓαιкυм....
 ∂ιραgι уg ѕυяαм ѕєρєятι тαη∂α2 ηαк нυנαη мєηαη∂αкα яєzєкι ηαк тυяυη мємвαωα яαнмαт!
 αℓнαм∂υℓιℓαн! 
ѕєρєятι вιαѕα тαк вαηуαк ¢αкαρ кιтα мαѕαк ѕαנє!...

PAJERI TERUNG
Bahan2nye:-
3batang terung panjang - yg telang dibelah lalu digoreng kuning ,lembut(a) 
4sb cili giling 
1biji buah keras -tumbuk 
2sb kerisek 
bahan rempah-kayu manis,bunga lawang,cengkih,biji pala  
1mangkuk santan pekat sedikit ikan bilis/udang kering-tumbuk lumat 
3biji bawang kecil-tumbuk kasar 
2biji bawang putih tumbuk kasar sedikit halia -hiris
 2sb serbuk kari ayam/ikan bancuh dengan sedikit air
 sedikit asam keping 
3batang cili padi -pecahkan aje(hiasan) 
1/2 biji bawang besar -potong bulat
 garam
 gula

Cara2nya:-
1)Tumis 1/2bawang besar,bawang tumbuk bahan rempah,bilis hingga naik bau.
2)Masukkan cili ,halia,buah keras,serbuk  kari hingga naik minyak
3)Masukkan santan, kerisik,garam gula,bawang besar,asam gaul hingga naik minyak dan sebati.rasa garam,gula,masam
.4)Masukkan (a) dan cili balikakan lalu angkat.Siap.
丂u尺ノムイノᄊムレ乇ズ

Tuesday, July 12, 2011

KANGKUNG tumis KASI banjir...

Assalammualaikum....
agak ringkas dan malas sekali dan bukan sekali,
tapi berkali-kalinye pun!...
Tapi yg ringkas tu le yg paling sedap..
cube saje le...hehehe..

 KANGKUNG TUMIS BANJIR


BAHAN2NYE:-
seikat kangkung-potong panjang2,buang akarnye..
*1ulas bawang putih-hiris nipis
*3biji bawang merah-tumbuk kasar 
1/2kiub ikan bilis
*sedikit ikan bilis-tumbuk kasar 
1keping tempe-potong kecil lalu digoreng kuning,ambil minyaknya sekali(a) 
sedikit garam 
2cwn air 
1/3cawan minyak jagung/sayur 
2tangkai cili padi-potong serong


Cara2nye:-
1)Tumis bahan (*)asingkan.
2)Masuk air dalam periuk,kangkung,kiub,ikan bilis ,minyak tutup hingga kangkung lembut tapi tak layu.
3)Masukkan bahan(*)dan cili,rasa garam.
4)Sebelum angkat gaul dengan (a)tadi.


P/S:-hidangkan bersama dengan nasi lembik/atau bubur nasi.


丂u尺ノムイノᄊムレ乇ズ

Wednesday, July 6, 2011

``SAMBAL IKAN MASIN SEKAWAN``

 Assalammualaikum... bile puasa bulan rejab teringatlak sambalni sedap! bile dimakanwaktu nak sahor... ade lak anak yg lelaki nak ikut puasa sekali, katenye nak ikut ibu!nanti boleh join berbuke same2...lauk makan petangnye dah habis! nanti sahornakmakan ape ye! semuanye tak ade selere le!rase malas lak nak makan.. tapi kalautakmakan nanti siangnye lapar pulak! dah lah siangnye banyak kerje nak buat! takterlarekden nanti!..huhuhu(macam kat dalam fb lak!). kalau waktu sahur masak sempatkot!kejap je!...
IKAN MASIN SEKAWAN
Bahan2:-
ikan masin- potong2 dan goreng sedikit
 tempe-ikut suka potong dan goreng kasi kuning
 4tangkai cili merah-tumbuk kasar
4biji bawang merah-tumbuk kasar
sedikit ikan bilis- tumbuk lumat
 sedikit asam keping
 sedikit kiub ikan bilis
 garam

Cara2nye:-
1)tumis 1/2bawang hingga garing tapi tak hangus.
2)masukkan 1/2 bawang ,bilis dan cili tumis hingga garing.
3) masukkan kiub,garam dan asam gaul sebati.siap.



丂u尺ノムイノᄊムレ乇ズ

Friday, July 1, 2011

Larian Serentak 1M 1S 1Malaysia seluruh negara

Assalammualaikum...

 MESTI BERLATIH LEBIH AWAL!

SEKURANG2NYE SATU PUSINGAN...

TAKPUN DITAMAN PERMAINANPUN BOLEH!..

NANTI KALAU KAKI DAH KEJANG JANGAN CARI IBU TAU!
Hari ini anak2 kena pergi sekolah bangun awal selepas subuh... paling kurang 6.30pg, kene pergi sekolah ngan ibu bapa(turut serta) untuk daftar dan ade senam sikit2.. kata cikgu semalam ketika ambil report kad.Kemudian diberikan kain nombor yg nak diklip pd baju sukan murid2..nampaknya Kak Sue tak dapat hadir sebab ada anak kecil..tak de orang nak jage...

Pada masa yang sama, larian juga akan bermula di 12 lokasi lain di seluruh negara.Program Larian Serentak 1Malaysia itu adalah program terbesar dianjurkan Yakeb dan pertama kali seumpamanya dilaksanakan serta dijangka disertai pelbagai lapisan masyarakat berlari secara serentak seluruh negara.Yakeb adalah yayasan kebajikan atlet yang ditubuhkan hasil kerjasama daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dalam membantu bekas atlet serta atlet bermasalah dan sehingga ini, seramai 1,100 atlet bernaung di bawah yayasan berkenaan.Larian Serentak 1M 1S 1Malaysia seluruh negara.
suber dari: www.yakeb.org.my

IKAN SIAKAP KITE KASI BAKO..JE!!

Assalammualaikum...
dah lama tak tulis n3..sory sebuk sikit...bile sibuk mulelah masak main bakar end rebus je...
untuk senang dan ringkas..boleh bakar begitu saja!.. nyayi sikit...
o key le! tak perlu ngomel panjang lagi layan saje lee...
IKAN SIAKAP BAKAR
Bahan2nye:-
1 ekor ikan siakap -belah dua gaul garam,kunyit dan 1sb jus limau kasturi ketepikan(a)
5ulas bawang putih -tumbuk kasar 
6biji bawang merah- tumbuk kasar 
1biji buah keras- tumbuk lumat
4sb cili kering yg telah dikisar 
1btg serai-kisar halus 
sedikit lengkuas- kisar halus 
1/2kiub perasa tom yam
daun limau purut- racik halus
sedikit garam ,gula
1/4 kiub ikan bilis
loyang yg dialas dengan  Aluminum Foil 
  
Cara2nye:-
1)Tumis bawang merah separuh,bawang putih separuh jangan garing, ala kadar je! dengan 1/3 cawan minyak sayur angkat
2)Gaul dengan semua bahan kecuali daun limau purut,rasa masin dan manis masam biar sebati.(pes)
3)Ratakan 1/2 pes pada dulang dan letak ikan
4)Lumurkan selebihnye pada ikan dan tabur dengan daun limau purut
5)Tutup dengan aluminum foil.
6)Bakar selama 30min mengikut oven.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...