Followers

Tuesday, August 23, 2011

ESOK ADIK PUASA LAGI TAU!!...(cara-cara supaya anak-anak suka dan senang nak berpuasa!!) PART 1

Assalammualaikum....
selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua...begitu juga adik2.
ada beberapa langkah dan cara-cara mengajar anak2 ini supaya suka/berminat untuk melakukan ibadah puasa pada peringkat awal lagi!!..

SI ADIK YANG BARU BERUMUR 4 TAHUN - Telah mula menjalani ibadah puasa!
alhamdulilah..insyaallah banyak puasa tahunni...
SI ABANG YANG BERUMUR 7 TAHUN -Telah mula penuh menunaikan puasa semenjak berumur 5 tahun lagi.
oleh kerana faktur umur yang terlalu muda semasa berumur 4tahun pada kiraan tahun (lahir bulan 12) ibadah puasa tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.. hanya separuh-separu hari saja itupun berbuka ketika azan zohor dan asar...(masih hisap susu botol)


 nampaknye terpaksalah kita menunaikan ibadat puasa juge...
(memandangkan makanan tidak mencukupi kerana ada yang memilih makanan...walaupun dah ada makanan kucing..)

  •  ceritakan suasana keseronokan berpuasa pada esok harinya-nanti sahor bangun tau! ibu kejutkan makan bersama-sama.ada ibu,ayah,abang,kakak...keadaan suasana bila makan satu meja(hidangan apa?) dan keseronakkan berbuka puasa nanti...(termasuk kewajipan didalam islam dan cerita mengenai larangan dan perkara yg dibolehkan.pokok kata semua cerita yg best2 je...
  • esok sahor nak makan ape cakap aje...nanti buatkan (pastikan makanan seperti naget,ayam yg nak digoreng ,kentang dll dah dibeli awal dari kedai.kerana bila sahor anak2 ada yg tak suka makan nasi.
  • bila malam sama2lah baca niat puasa dengan adik beradik yang lain...jadi suasana keseronokan nak puasa esoknya dah dirasainya...
  • bila kejutkan sahor pastikan makanan dah siap tinggal bangun makan saja..kerana anak2 tak suka duduk lama dimeja makan..nanti nagis la..nak tidur la...penat..marah2 dan bermacam2 ragam lagi..nanti kita tak makan ,satu kerja pun tak jadi!...(pastikan kita dah makan dulu...!!).
  • bila kejutkan... pujuk dia kata nak puasa? bangun la sahur! ada ayam goreng..apa2 la... sebutla makanan kegemarannya...air ke? 
  • kalau nak bangunkan.. kalau boleh biar dia jalan sendiri kat meja makan..Pastikan dah buang air dah basuh mukanya sekali (supaya tak mengantuk) nanti kat meja makan tak de la.. baru sebuk nak buang air ke! ape ke!..kalau badannya kecil,kurus bolehlah digendong tapi kalau badan kus semangat! pandai2 la nak buat ape...
  • agak2 tak boleh makan sendiri tolong suapkan walaupun matanye pejam...kalau tak nak..tak pe pujuk dia, tidurla...bukak mulut je!..nanti dah kenyang boleh sambung tidur ,biar mak suapkan...baik2 nanti tercekik/tersedak pulak!.bila minum guna je penyedut minuman.
  • pastikan air susu dah disediakan dulu didalam botol.kalau tak boleh makan banyak sekurang2nya dia dapat membantu...(untuk rasa kenyang keesokannya...).
-mungkin ada yang nak tambah lagi...

p/s:-perlu ada kesabaran yang lebih kerana kita akan menghabiskan masa yang berjam2 melayan kerenah mereka...itu belum tumpuan pada anak2 yang lain yg dah dewasa yg begitu liat nak dikejutkan...kalau dah bangunpun masih tersadai kat kerusi!...ada yang dah bangun duduk kat meja makan tau2 dah tertidur kat meja..baru tinggalkan kejap kejutkan yg lain...boleh bangun balik tidur kat bilik..belum makan lagi tu!!...ada yang ada hati tenguk jam... boleh kata, lambat lagi! padahal dah pukul 5.30...bila dah jaga,baring lagi... tergolek sana tergolek sini las2 tak bangun jugak!!..(tidur lagi!!) mmm....macam2 hal!.

 丂u尺ノムイノᄊムレ乇ズ





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...