Followers

Tuesday, November 27, 2012

HUJAN MASIH TURUN LAGI!!!! (BANJIR DIBUKIT CANGGANG)

Assalammualaikum...Laman sesawang maklumat banjir awam mengumumkan, paras air Sungai Langat di Bukit Canggang, Selangor telah melebihi paras bahaya.Salah satu kawasan banjir yang terlibat adalah di kawasanRancangan Tanah Belia, Bukit Changgang(SKRTB).Lebih 250 keluarga mangsa banjir ditempatkan di Pusat pemindahan Banjir di SKRTB. Hasil pemantauan yang telah dibuat ianya berpunca daripada paras air dari sungai berdekatan yang naik ekoran hujan lebat yang berlaku sejak beberapa hari lalu.
8/11/2012 - KAWASAN BUKIT CANGGANG (Setelah paras air mula surut).
KEADAAN DIDALAM RUMAH (RUANG DAPUR)-air masih naik paras kaki. 
RUANG TAMU -telah dibersihkan kerana kawasan ini tinggi sedikit.
RUANG TAMU - barang yg mungkin dapat diselamatkan kerana hujan masih turun
 paras air mungkin akan naik lagi!....
BELAKANG RUMAH -hujan masih renyai lagi!!!..
ANJUNG - air tinggi hingga paras betis.
JALAN RAYA - berhadapan dengan rumah (paras air masih tidak surut,hujan renyai lagi!!
                hari ini baru dibenarkan kenderaan masuk kekawasan kampung....)
sebelumnya jalanraya ditutupi air separas lutut..


丂u尺ノムイノᄊムレ乇ズ

Tuesday, November 20, 2012

KeK kEjU tIrAmIsU!!!

KEK KEJU TIRAMISU 
Assalammualaikum...
    kembali lagi ke dapur suria's corner untuk menikmati hidagan kek keju..
    kek yang sedap dan enak dimakan dikala menyambut hari ulang tahun atau semasa menyambut hari raya!!

KEK TIRAMISU
MAAF KRIMNYA SUDAH MULA MENCAIR...
bila nak potong kek ni...nanti!!nanti!!smile!! he!he!he! 
Bahan-bahannya:-
250g krim keju 
250g whipping cream
80g gula halus-manis ikut suka
4sb susu cair
1 biji kek span
1/2 cawan air nescafe(2sudu besar)/kopi
1sb esen vanila
sedikit serbuk koko
sedikit parutan coklat
Cara-cara:
1)Pukul whipping cream hingga gebu jangan terlebih pukul nanti dia cair balik..ketepikan.
2)Pukul keju hingga lembut.
3)Masukkan susu,gula,vanila dan pukul selama 5min dan campurkan whipping cream tadi ,gaul sebati.Bahagikan krim kepada 2 adunan.
4)Kek bahagi 2 bahagian (2 lapisan).
5)Kek pertama dilembabkan dengan sedikit air kopi hingga rata diatasnya.Ratakan pula krim diatasnya.
Tabur serbuk koko hingga rata.
6)Tutup dengan sekeping kek lagi diatasnya.Lembabkan dengan air kopi dan ratakan krim diatas dan disekeliling kek.tabur lagi lebihan serbuk koko.
7)Hiaslah dengan parutan coklat dan ikut suka laaa!!!.masuk dulu dalam peti sejuk sebelum dihidangkan!
p/s:lagi banyak lapisan keknya lagi sedap!
丂u尺ノムイノᄊムレ乇ズ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...