Kek ini sama seperti kek pisang biasa,hanya ditambah coklat bar yang diparut saja....rasanya lebih manis..dan terasa keenakan coklat nya...sedap garing coklatnya jika dimakan ketika panas.Kak Sue hanya masak guna periuk nasi elektrik aje...jenama toshiba...1jam 20min dah masak tak perlu...nak jenguk-jenguk lagi nak pastikan dah masak ke belum?..set aja...maaflah yee..dah lupa...kat mana ambil resepi ni.. sebab dah banyak kali buat..dan cuba...!!!
kek pisang coklat
kek ini rapuh sedikit kerana coklatnya terlalu banyak dan dicincang besar-besar..tapi rasanya tetap tak berubah masih sedap dan rangup..kanak-kanak pasti suka..apa-apapun...layan sajela.........
bahan-bahannya:-
1 cawan pisang yang dah dilecek.+ 1/2 st soda...- gaul sebati dahulu..(a)
*2cwn tepung gandum
*1st baking powder
250g mentega
3/4 cawan gula kaster
5biji telur A-
1st esen vanila
150g coklat masakan-diparut/cincang
cara-cara:-
1) (*) diayak dahulu.(b).
2) mentega,gula..dipukul hingga kembang,gula hancur dan putih.
3)masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga kembang..
4) masukkan esen vanila,diikuti oleh (a) hingga sebati.
5) masukkan (b) sedikit-sedikit sambil kaub dan balik...
6) tuangkan coklat dan kaub dan balik perlahan-lahan..jangan terlalu gaul nanti coklat cair dan hancur..
7) tuanglah kedalam adunan.bakar selama 45minit./kak sue hanya gunakan periuk nasi elektrik saje..
No comments:
Post a Comment