Followers

Tuesday, November 27, 2012

HUJAN MASIH TURUN LAGI!!!! (BANJIR DIBUKIT CANGGANG)

Assalammualaikum...Laman sesawang maklumat banjir awam mengumumkan, paras air Sungai Langat di Bukit Canggang, Selangor telah melebihi paras bahaya.Salah satu kawasan banjir yang terlibat adalah di kawasanRancangan Tanah Belia, Bukit Changgang(SKRTB).Lebih 250 keluarga mangsa banjir ditempatkan di Pusat pemindahan Banjir di SKRTB. Hasil pemantauan yang telah dibuat ianya berpunca daripada paras air dari sungai berdekatan yang naik ekoran hujan lebat yang berlaku sejak beberapa hari lalu.
8/11/2012 - KAWASAN BUKIT CANGGANG (Setelah paras air mula surut).
KEADAAN DIDALAM RUMAH (RUANG DAPUR)-air masih naik paras kaki. 
RUANG TAMU -telah dibersihkan kerana kawasan ini tinggi sedikit.
RUANG TAMU - barang yg mungkin dapat diselamatkan kerana hujan masih turun
 paras air mungkin akan naik lagi!....
BELAKANG RUMAH -hujan masih renyai lagi!!!..
ANJUNG - air tinggi hingga paras betis.
JALAN RAYA - berhadapan dengan rumah (paras air masih tidak surut,hujan renyai lagi!!
                hari ini baru dibenarkan kenderaan masuk kekawasan kampung....)
sebelumnya jalanraya ditutupi air separas lutut..


丂u尺ノムイノᄊムレ乇ズ

Tuesday, November 20, 2012

KeK kEjU tIrAmIsU!!!

KEK KEJU TIRAMISU 
Assalammualaikum...
    kembali lagi ke dapur suria's corner untuk menikmati hidagan kek keju..
    kek yang sedap dan enak dimakan dikala menyambut hari ulang tahun atau semasa menyambut hari raya!!

KEK TIRAMISU
MAAF KRIMNYA SUDAH MULA MENCAIR...
bila nak potong kek ni...nanti!!nanti!!smile!! he!he!he! 
Bahan-bahannya:-
250g krim keju 
250g whipping cream
80g gula halus-manis ikut suka
4sb susu cair
1 biji kek span
1/2 cawan air nescafe(2sudu besar)/kopi
1sb esen vanila
sedikit serbuk koko
sedikit parutan coklat
Cara-cara:
1)Pukul whipping cream hingga gebu jangan terlebih pukul nanti dia cair balik..ketepikan.
2)Pukul keju hingga lembut.
3)Masukkan susu,gula,vanila dan pukul selama 5min dan campurkan whipping cream tadi ,gaul sebati.Bahagikan krim kepada 2 adunan.
4)Kek bahagi 2 bahagian (2 lapisan).
5)Kek pertama dilembabkan dengan sedikit air kopi hingga rata diatasnya.Ratakan pula krim diatasnya.
Tabur serbuk koko hingga rata.
6)Tutup dengan sekeping kek lagi diatasnya.Lembabkan dengan air kopi dan ratakan krim diatas dan disekeliling kek.tabur lagi lebihan serbuk koko.
7)Hiaslah dengan parutan coklat dan ikut suka laaa!!!.masuk dulu dalam peti sejuk sebelum dihidangkan!
p/s:lagi banyak lapisan keknya lagi sedap!
丂u尺ノムイノᄊムレ乇ズ

Tuesday, October 2, 2012

KeBeSaRaN ALLAH (MaTaHaRi AdA pElAnGI!)

Assalammualaikum...
Hemm...dah lama tak bercerita!siang tadi 2/10/2012 kurang jam 12.00 tengah hari,alangkah gembiranya.. bila terima panggilan dari anak buah (odi) suruh tengok kat luar, masatu dalam kedai kereta..(masa baru turun kete tak perasanlah pulak sebab tak pandang ataskan!).lepastu cepat2 gi luar...nampak  matahari begitu besar dengan sinaran yg begitu terik ,siap ada pelangi lagi kat kelilingnya..!!!

ambil gambar memang tak berapa penuh..kalau ambil gambar penuh,gambar tak berapa jelas,cahayanya akan jadi silau dan tak nampak pada skrin!..maklumlah telefon yg ada cikai je!!
 ni! ambil kat tepi bumbung kedai je! (memang ambil gambar matahari sebelah je!) sebab terlalu terang sampai tak nampak kat skrin telefon... main tap! tap! aje...(tidak boleh dilihat secara terus)
ni! dari telefon cik indiatu! baru jelas sikit!! kalau ikut kepercayaannya...ada sembilan titik merah kat tepi mataharitu...
 nilah pertama kaliku lihat dengan mataku sendiri! cepat2 panggil suami kat dalam kedai...suma orang kat kedai tu keluar! cina,india..masing2 keluarkan handfon masing2 untuk ambil gambar...lepastu satu2 pegi col teman2,sanak saudara bagi tau hal ni!! lihatlah betapa besarnya kebesaran Allah! lama juga ia bersinar...terang...tak boleh lihat lama2... menyakitkan mata dengan cahayanya yang terang...
lama jugak ianya berlaku sampai pukul 2.30ptg masih kelihatan lagi!!!lepastu bla!!bla!!(sampai bila nak langut tenguk benda tu!!!tak buat kerja lain kang!!!!) tak tau pulak bila habisnyer!!!he!he!he!
丂u尺ノムイノᄊムレ乇ズ

Sunday, August 5, 2012

JuS bUaH nAgA!

Assalammualaikum....
keadaan cuaca yang tak menentu...
tekak yang kian perit terasa gatal! 
terasa lega bila menikmati minuman jus buah naga ni!...

Bahan-bahannya:
1 biji buah naga warna merah
4 sb gula
1 jug air masak
1 cawan air batu ketul
1/2 tin susu cair

Cara-caranya:-
1)Buah naga dipotong dadu.asingkan sedikit beberapa ketul masukka dalam jug! lebihannya untuk dikisar.
2)Cara kisar-masukkan bahan seperti buah naga,susu cair,gula dan sedikir air-kisar.
Tuangkan kedalam jug.
3)Air batu dicampur dengan sedikit air lalu dikisar.Tuangkan dalam jug tadi.Panuhkan jug dengan lebihan air tadi menjadikannya satu jug jus naga.
4)Siap! bolehlah diminum ketika hendak berbuka puasa nanti...
P/S:-Jus naga ini semakin lama didalam jug,ia akan menjadi pekat dan lebih sedap!pastikan minum ketika ia masih sejuk!...Sruuupppp..aaahhhh..aaahhh.....

Monday, March 19, 2012

marshmallow celup coklat yang sedap!!

Assalammualaikum...
Dah lama tak makan marshmallow ni!..sejak dikatakan tidak halal!tapi kalau teringin gak!,carilah yang halal! Cara buat,amat mudah dan senang.Bolehlah makan ngan anak-anak.


MARSHMALLOW CELUP COKLAT


BAHAN-BAHAN:-
1 peket marshmallow (tak kisah apa jenis bentuk)
3bar coklat(kalau boleh carilah coklat bar yang mahal sebab      rasanye lebih sedap!)
sedikit majrin jika suka.
gula-gula warna
lidi


CARA-CARA:-
1)Cucuk marshmallow dengan lidi.Cucuk seperti sate!.
2)Cairkan coklat,jika pekat campurkan dengan majrin sikit.
3)Celup marshmallow kedalam coklat hingga coklat menyalutinya.
4)Tabur dengan gula-gula warna atau kekacang kegemaran..(ikut suka).
5)Masukkan dalam peti sejuk 5min.Baru boleh dimakan...

Tuesday, February 21, 2012

..kEk BaTiK...

Assalammualaikum...
sekian lama menyepikan diri...
Baru sekarang Kak Sue dapat menyiapkan resepi yang tak seberapa ini...
tak perlulah cerita lebih panjang!
kek batik ni pun,coklatnya dah mula kembali cair!..
sedap! tapi coklatnya agak cair dan susah untuk dipotong..
apa2pun layan je le!..
kak sue perlu belajar lagi..dan lagi!!dah o.k,barulah kita kongsikan bersama...
tak semestinya apa yang kita buat atau lakukan akan terus menjadikan!... 
KEK BATIK YANG SIAP UNTUK DIMAKAN...
BAHAN-BAHANNYA:-
350g(1paket biskut marie)-patah2kan sedikit/belah dua
125g mentega
3/4tin susu pekat
1 cawan milo
1/2 cawan serbuk koko

CARA-CARANYA:-
1)Cairkan mentega kedalam kuali.
2)Masukkan milo dan serbuk koko,kacau rata supaya sebati.
3)Masukkan susu pekat kacau rata.
4)Padamkan api biar sejuk sedikit supaya biskut tidak lembik dan masukkan biskut tadi,gaul cepat-cepat dengan bahan tadi sampai biskut diselaputi coklat.


GAUL DENGAN RATA DAN SEBATI
5)Masukkan kedalam bekas yang telah dialas dengan kertas minyak dan disapu dengan mentega ditepi loyang.
6)Tekan-tekan dengan tangan yang telah dibaluti dengan plastik supaya coklat tidak melekat pada tangan dan senang untuk dipadatkan, tidak melekat.
SIAP... MASUKKAN KEDALAM PETI SEJUK ..
selamat mencuba!!



Tuesday, February 14, 2012

Assalammualaikum,
seronok rasanya! 
bila mempelam dah mula mengeluarkan bunga!
 oo..lebat sekali!

tapi tak mungkin apa yang diharapkan semunya menjadikan...
tut!.. tut!...baru nak membesar semuanya berguguran!! tak menjadi..,buah tak lekat...mm..mm...

pokok pelam ni telah lama berjasa kepada tuannya.
Pelam/mangga ni ada banyak jenis/nama. 
Ada yang panggil buah pelam, ada yang panggil buah pauh dan ada yang panggil buah jeruk.
sejak dahulu lagi tanaman pokok mangga telur berasal dari Malaysia dan beberapa klon pokok tempatan lain .
Buah mangga harum baunya dan enak rasanya juga mempunyai kandungan vitamin A dan C yang tinggi.  
Kalau pelam/mangga ada jenis Mangga Pakistan, 
Mangga Australia ,Mangga Alphonso( Florida, USA), Mangga Maya,Mangga Gedung( Indonesia) dan lain-lain lagi lah!
tapi nama pelamnya mana yeee!! semuanya mangga!
kalau nak tau ini pelam/mangga apa?
kita tenguklah hasilnya nanti!
丂u尺ノムイノᄊムレ乇ズ

Friday, February 10, 2012

SEPI TAK SEMESTINYA AKU TAK KEMBALI LAGI!!!!

Assalammualaikum,
 Rasanye dah lama sangat beristirehat!(tak rehat pun! cuma tak de masa je..)

 sampai dah malas nak teruskan!!!sebab dah tak ada idea nak tulis!!! nak rehat-rehatlah sangat.. malas nak fikir apa-apa!.(konon...)saje nak sedapkan ati..( he! he!) makin banyak pule perkara menarik yg berlaku...
  Kak Sue rasa! nak kongsikanlah pengalaman Kak Sue ngan korang! bolehkan!..
ruangan resepi /masakan masih ade lagi...cuma kurang laju je!..

丂u尺ノムイノᄊムレ乇ズ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...