Nampak lebih bergaya..dengan bahan-bahan yang mewah tapi simple lagi enak dimakan..disukai oleh anak-anak juga sesiapa sahaja yang menyukai kek yang berasaskan keju nii.....cuaca yang agak terlalu panas...membuatkan kak sue ingin mencubanya.lagi... dah beberapa kali cuba..hari raya,hari ulang tahun anak,jamu rakan-rakan,beri saudara mara...ada yang siap order lagi...pastu pasti teruja punya..!!!macam beli kat kedai jee..buat sendiri lagi bagus.. puas hati..tak lah mahal sangat macam kat kedai tuh..!!bahan-bahannya mudah didapati dipasaraya..cuba jangan tak cuba!!!pasni mesti nak cuba lagi apa tidaknya anak-anak minta tambah lagi.. dan kena buat lagi la pulak..........!!!!!maaflah resepini kak sue dah tak ingat ambil kat blog mana..rasa-rasanya dah bercampur kot!!! sebab dah banyak kali cuba..dah banyak kali pulak ubah salinannya...
tiramisu
Bahan-Bahanya:-
*250g krim putar
*250g krim keju
30m susu segar
80g gula ising
1cwn air suam + 1sb serbuk kopi -kepekatan ikut suka la..
kek span-beli aja senang..
serbuk koko,coklat parut-buat tabur atas kek
Cara-Caranya:-
1) Bahan* dipukul sekali hingga kembang..
2) Masukkan susu dan gula, pukul lagi...sebati..bahan(a)
3) Kek dibelah dua lapis..dlam bekas plastik masukkan satu lapis kek.renjis/atau basahkan sedikit dengan air kopi tadi,lapiskan1/2 bahan (a) tadi hingga rata..tabur sedikit serbuk koko diatasnya..jangan banyak nanti pahit pulak..hingga rata..ulangi satu lapis lagi..ratakan dengan 1/2 bahan(a)lagi..tabur serbuk koko dan parutan coklat..siap..
4) Masukkan dalam peti sejuk semalaman...hemmm..sedapnya...nyam..nyam
5) Kelurkan, hiaslah..ikut suka..taraaa..dah jadi..
No comments:
Post a Comment