Followers

Sunday, January 30, 2011

ayam goreng rangup Crispy!!

Ayam goreng yang lazat pasti nak lagi...kalau nak buat bisnes pun boleh juga...ayam jadi lembut enak dimakan begitu sahaja...Kalau anak-anak tak mahu makan pasti berselera punya... daripada beli kat kedai ayam Kentucky dengan harga yang mahal.."tepung campuran mak uda "ni boleh didapati disini..buatan sendiri...pasti halal dari tepung yang biasa didapati dikedai hanya telah dicampur dengan berbagai jenis tepung dan rempah-rempah untuk menyedapkannya lagi...buatan orang melayu.
ayam goreng rangup Crispy

Ayam Goreng Rangup Crispy
Bahan-bahannya:-
1/2 ekor ayam-dipotong kecil
2cawan tepung campuran (mak uda)/tepung apa-apa jenis jenama pun boleh!
2sb jus lemon/1 biji limau kasturi-ambil jusnya
1biji telur ayam-taruh separuh je..
sedikit garam


Caranya:-
1)Gaul ayam bersama jus,garam dan sedikit tepung...
2)Perap didalam bekas masukkan dalam peti sejuk satu 30min atau lebih..
3)Masukkan tepung kedalam bekas lain dan masukkan seketul ayam lalu lumur
dengan tepung kemudian picit-picitkan dengan jari-jemari bersama tepung hingga ayam penyek tetapi jangan sampai hancur atau bercerai daging ayamnya.Berhati-hati kerana nanti tercucuk tulang ayam...pulak!!
 4)Asingkan...ulang lagi...hingga ayam habis..
5)Barulah digoreng dalam minyak yang banyak..tutup kuali dengan penutup gunakan api yang kecil..
selamat mencuba!!!
p/s jika tepung dah tak melekat kat ayam tu..tambah tepung lagi..biar tepung menyaluti ayam sepenuhnya...

Saturday, January 29, 2011

masak lomak kacang boncis dengan udang

Masakan orang melayu negori.
kalau pedas bukanlah satu citarasa                                                                                                              yang luar biasa atau pelik..
masak lemak kacang boncis dan udang
 Bagi mereka yang tak biasa merasa kepedesannya akan                
ternga-nga,nga-nga mencari air untuk menahan kepedasannya...hingga mengalirkan air mata...dengan santannya yang pekat..okeylah apa tunggu lagi cubalah resepi
yang mudah dan ringkas ini...biasa aje...

Bahan-bahan:-
1 ikat kacang boncis (rm 1)
sedikit udang-ikut suka (banyak lagi sedap!)
1/2 biji kelapa parut (jadikan 3cawan santan pekat 
1cawan santan cair
10biji cili padi
1 biji bawang merah
sedikit asam keping
sedikit kunyit hidup
sedikit garam

Caranya:-
1)Kacang di potong panjang-panjang dan ditengah-tengahnya dibelah dua tapi jangan putus.(kalau boleh buang alur arinya supaya kacang lembut sedap,tidak terasa kesat atau ada hampas bila dimakan)
2)Udang dibersihkan buang kepala dan ekornya.
3)Cili,garam,kunyit ditumbuk sekali...hampir lumat masukkan bawang, tumbuk lagi..(kalau nak betul-betul pedas jangan masukkan bawang).
4)Satukan cili,serai santan cair .Setelah didih.
4)Masukkan sayur, santan pekat dan asam keping.
5)Rasa garamnya.

LAICI BABI...

Astarghfirullah hal 'Aziim....laici!!

Selalu juga Kak Sue beli benda ni.. 
hendaknya kalau nak buat air atau agar-agar...
alamak!! selalunya baranganni le  yang selalu jual kat kedai..
maka pada zaman ni..kenalah lebih berhati-hati lagi bila membelinya...
kerana pengilangan barangan makananni selalunya dimonopoli ramai orang bukan islam.
Walaupun pekerjanya adalah dari orang islam tapi adakah ia menepati syarat-syarat islam atau hanya menepati syarat-sayarat syarikat sahaja...yang difikirkan hanyalah untung dan murah...
Nampaknya kalau Kak Sue masak yee mee...
terpaksalah cari cendawan lain... kerana cendawan ni lah juga yang selalu digunakan...(rasanya la...)
Maaf kawan-kawan kerana terlambat menulis info ini...tapi sebelumni dah tahu dah!!..dan
yang telah pun terhidang sebelumnya...maaf dipinta...
(sebab kalau hari raya atau kawan-kawan  datang bertandang
resepi inilah yang paling utama....)

LAICI BABI

بسم الله الرحمن الرحيم





KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.

JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc.

The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :
Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
di atas adalah barang2 keluaran narcissus.

Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain.untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati

http://www.halaljakim.gov.my

Saturday, January 22, 2011

LAWAK BETUL...

CARA MUDAH CUCI SCREEN LCD

بسم الله الرحمن الرحيم



Zaman dah berubah. teknologi setiap saat berkembang. Komputer dan internet menjadi sesuatu yang amat penting. Dengan adanya komputer dan internet para-para pembuat program sentiasa mengkaji dan mencipta alat, software, gadget atau widget yang boleh diaplikasikan kepada komputer dan internet kini.

Monitor,

Tidak kira samada CRT (cathode ray tube) atau LCD (Liquid Crystal Display) yang kita gunakan sebagai monitor pada komputer kita. Ianya harus dicuci dari kesan-kesan habuk yang melekat pada screen.

Percaya atau tidak dengan perkembangan teknologi yang pesat ini, kini para-para programmer hanya mengunakan satu software ringan dan mudah untuk mencuci screen komputer.

Tapi ada orang kata software ni tak boleh digunakan kerana ianya najis. Ada software yang najis ke? aku pun tak pasti. Mintak tolong siapa-siapa tengokkan. software ni tak perlu di muat turun atau di install. Siapa-siapa yang nak cuba klik je kat SINI. dijamin 100% free. cubalah jangan malu-malu... 


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

KOMPUTER RIBA RENDAHKAN KUALITI SPERMA LELAKI.

KOMPUTER RIBA RENDAHKAN KUALITI SPERMA LELAKI.

بسم الله الرحمن الرحيم



NEW YORK - Penggunaan komputer bimbit di atas riba mungkin bukan sesuatu yang baik bagi kesuburan lelaki, menurut kajian terbaru.

Cara terbaik mengatasi masalah itu adalah dengan meletakkan komputer bimbit di atas meja, menurut ketua penyelidik dari Universiti Kebangsaan New York, Yelim Sheynkin.

Dalam kajian itu, pengukur haba digunakan bagi mengukur suhu skrotum 29 lelaki muda yang menggunakan komputer bimbit di atas riba.

Walaupun pelapik diletakkan di bawah komputer, suhu skrotum peserta didapati meningkat dengan cepat.

"Jutaan pengguna komputer bimbit adalah lelaki dalam lingkungan umur yang mempunyai kesuburan tinggi dan penggunaan komputer di atas riba dalam tempoh 10 minit mampu merendahkan kualiti sperma," katanya.

- sumber


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim

Friday, January 21, 2011

.:agar-gar kelapa muda, yammi..:.

Cukup senang dan mudah...boleh cuba sendiri hanya dapatkan kelapa muda jee!...ada dimana-mana..cari je kat kedai tepi jalan yang jual air kelapa!...kalau kat sini terdapat kat Taman Sri Medan ni...tak habis-habis kelapanya...tapi pergi waktu tengah hari lee!...atau petang.. jangan datang malam udah lee!...kalau anak demam panas elok minum air kelapa mudani...biar hilang panas dalam badannya atau anak demam campak...biar penyakit campaknya keluar...kata mak Kak Sue lee..atau kalau susah sangat minum air cream soda jee..
Jeli Kelapa Muda Yammi
Bahan-bahannya:-
1bugkus agar-agar tali
3mug air
jeli kelapa muda yummi
6sb gula-ikut manis
* 1biji kelapa muda-asingkan air dan.. 
*isi kelapa -hiris dan belender sedikit
1/2 tin susu cair-tak taruh pun tak pa..
1helai daun pandan -ikut suka

Caranya:-
1)Rendam agar-agar terlebih dahulu 1/2jam.Tapis.
2)Air,agar-agar dimasak atas api hingga agar-agar cair.
3)Masukkan daun pandan,susu,gula,isi dan air kelapa hingga sebati..
4)Tuang kedalam bekas/acuan dan sejukkan...


P/S:- kalau isi kelapa - di belender + hirisanya + susu = lagi sedap rasanya!,jelitu..biar cair sedikit barulah lembut bila masuk ke dalam mulut..yummi!!! lemak-lemak gitu...tapi keindahan isi kelapanya tidaklah kelihatan,bila dah jadi...oleh itu ikut sukalah...janji sodap!!!

Monday, January 17, 2011

kek Tiramisu

Nampak lebih bergaya..dengan bahan-bahan yang mewah tapi simple lagi enak dimakan..disukai oleh anak-anak juga sesiapa sahaja yang menyukai kek yang berasaskan keju nii.....cuaca yang agak terlalu panas...membuatkan kak sue ingin mencubanya.lagi... dah beberapa kali cuba..hari raya,hari ulang tahun anak,jamu rakan-rakan,beri saudara mara...ada yang siap order lagi...pastu pasti teruja punya..!!!macam beli kat kedai jee..buat sendiri lagi bagus.. puas hati..tak lah mahal sangat macam kat kedai tuh..!!bahan-bahannya mudah didapati dipasaraya..cuba jangan tak cuba!!!pasni mesti nak cuba lagi apa tidaknya anak-anak minta tambah lagi.. dan kena buat lagi la pulak..........!!!!!maaflah resepini kak sue dah tak ingat ambil kat blog mana..rasa-rasanya dah bercampur kot!!! sebab dah banyak kali cuba..dah banyak kali pulak ubah salinannya...



tiramisu

Bahan-Bahanya:-
*250g krim putar
*250g krim keju
30m susu segar
80g gula ising
1cwn air suam + 1sb serbuk kopi -kepekatan ikut suka la..
kek span-beli aja senang..
serbuk koko,coklat parut-buat tabur atas kek

Cara-Caranya:-
1)  Bahan* dipukul sekali hingga kembang..
2)  Masukkan susu dan gula, pukul lagi...sebati..bahan(a)
3)  Kek dibelah dua lapis..dlam bekas plastik masukkan satu lapis kek.renjis/atau basahkan sedikit dengan air kopi tadi,lapiskan1/2 bahan (a) tadi hingga rata..tabur sedikit serbuk koko diatasnya..jangan banyak nanti pahit pulak..hingga rata..ulangi satu lapis lagi..ratakan dengan 1/2 bahan(a)lagi..tabur serbuk koko dan parutan coklat..siap..
4) Masukkan dalam peti sejuk semalaman...hemmm..sedapnya...nyam..nyam
5)  Kelurkan, hiaslah..ikut suka..taraaa..dah jadi..

"ubi sira mudah"

Dah lama tak makan ubi rebus, sira gula ni!!!...atau pengat ubi..selalu buat rebus, cicah sambal je!..atau ubi getuk!!
Ubi Sira Mudah
tak pun buat bubur.. sebab family tak suka makan manis-manis ni...
 Tapi sesekali buat le juga sebab emak suka sangat dengan pengat ubi ni...kebetulan emak datang rumah pulaktu!
Kak Zai ada beri beberapa tungkul ubi...itu pun orang bagi..lebihnya.. buat cicah sambal sikit..
Bila dah siap..inilah hasilnya...cukup mudah dan senang!!

Bahannya:-
  • ubi kayu (potong besar sedikit bila masak nanti dalamnya jadi putih/lemak)
  • air (sampai ubinya tenggelam..agak-agak jangan banyak sangat nanti ubi dah empuk air tak kering lagi...)
  • sedikit garam 
  • gula pasir/gula merah/gula kabung
 Caranya:-
1)Satukan ubi,air,garam.Rebus hingga ubi empuk dan air tinggalkan sedikit untuk dijadikan kuah.(untuk mencairkan gula).
2)Masukkan gula ikut suka...gaul bersama ubi hingga gula menjadi pekat dan likat dan  rasa garamnya...
Sedap dimakan pada waktu petang...

*jika guna gula pasir sahaja rasanya lagi sedap....
*jika guna gula merah/kabung kena tambah gula pasir sekali biar ada rasa manis       gulanya...
*gula merah -warnanya merah kehitaman...cantik..
*gula kabung-warnanya seperti yang KakSue buatni le...pudar sedikit ..
apa-apapun cuba dulu...baru comen o.k...

Friday, January 14, 2011

..tumis tempe tree and one...

Rasanya tak tahu nak buat apa hari ini...semunya nak cepat...buku sekolah anak ade yang tak balut lagi...baru dapat separuh..buku tulis dah lama beli..baju sekolah nak jahit lencana dan tag nama..baju dan seluar sekolah belum habis oter lagi...ada lagi..bla..bla...
so.. tree and one le... 

Tumis Tempe Tree And One
Bahan-Bahan:-
3 keping tempe-potong lima/enam
sedikit sayur cobis-ikut suka..
sedikit ikan bilis-tumbuk sedikit
6ulas bawang merah-hiris 
2 ulas bawang putih-hiris
sedikit kiub ikan bilis
sedikit asam keping-jangan banyak nanti masam
6 tangkai cili padi-potong serong nipis
sedikit cili merah/hijau-jika suka..-potong serong kasar
1sb air
minyak sayur,garam

Cara-Caranya:-
1)Goreng tempe hingga kuning sedikit.asingkan.
2)Guna 1/4 cawan minyak lebihan menggoreng tempe.tumis bawang,ikan bilis hingga naik bau..
3)Masukkan cobis (tutup kuali) hingga layu.
4)Masukkan kiub ikan bilis,air,asam,garam,cili-gaul sebati.. rasa masinnya.
5)Masukkan tempe, gaul...
siap untuk dimakan bersama nasi panas..tapi selalunya Kak Sue suka tambah belacan,buat lagi pedas..
jika tak ada selera makan atau waktu seseorang tu...tengah demam..pekena pula dengan nasi lembik...
waduh!!! jadi aje... 

Wednesday, January 12, 2011

.::lagu kalau berpacaran::.

Lagu Kalau Berpacaran...
Dengar je laguni..teringat kat cikgu shida dari peraktu..lagunya memanglah meletup-letup!!! tapi penuh
dengan kontrolversi....dalam versi barunya...terima kasih teman kerna sudi berkongsi...

Thursday, January 6, 2011

"ais krim vanilla" sedapnya cubalah buat sendiri.....

Dah selalu buat tapi.. tak sempat nak ambil gambar asyik lupa ajee...
Bila nampak saje ais krim ni...
Lupa satu dunia...tak ada sapa nak ingatkan..tambah pula, dihias dengan gula warna-warni dan coklat...
anak-anak dah tak sabar menunggu...!!!Buat adik yang bernama Nureen Elmie ,maaf ya!!! kalau Cik Sue terlambat sikit...komputerni buat hal la pulak!!...asyik buat hal aje...agaknya suruh
tukar yang baru kot!!..
 Kak Sue akan sertakan gambarnye...lain kali aje le...  

lihatlah.. pasti terliur punya...sekadar gambar hiasan aje...!!!
Ais Krim Vanilla 


Bahan-bahannya...
2-3 cawan coffemate/whipped cream
1 cawn susu tepung
1 kotak susu dutch lady
1 biji telur- kuning sahaja
1/2 tin susu pekat manis-ikut manis/atau tambah gula...
2 sb perasa vanila
coklat chip/coklat urai-sebagai hiasan jika suka la...


Caranya:- 
1)Masukkan susu coklat,coffemate,susu tepung,susu pekat manis,vanila -belander hingga sebati..
2)Masukkan pula kuning telur-belander lagi...masukkan dalam periuk api perlahan sentiasa dikacau
hingga pekat sedikit,sejukkan....masukkan di dalam bekas ais krim.
3)Masuk dalam peti sejuk agak-agak beku...keluarkan...blender ulangi lagi hingga 2-3 kali...atau digaul dengan garfu.
4)Akhir sekali gaul bersama coklat chip/urai secara lembut jangan sampai hancur...biarkan semalaman..

Tuesday, January 4, 2011

Udang goreng tepung.. ulahup!!!


nak lagi boleh tak...!!

m..mm.. memang sedap! kata Aiman...
 hem...sedap udangni bila dimakan panas-panas...jangan tengukje...!!cubala dulu.. baru tau...


Udang goreng tepung ulahup!!!


Bahannya:-
*400g udang -buang kulit,hanya tinggal ekor sahaja..
*5sb sos tiram
*sedikit garam
11/2 cawan tepung gandum
2sb tepung jagung
sedikit cili kisar jika suka pedas/serbuk kari
1biji telur-dipukul sedikit
1sk baking soda
sedikit garam
air

Cara-Caranya:-
1)(*)bahan ini diperap sebentar biar sos,dan garam meresap dalam udang...(a)asingkan..
2)Didalam bekas lain campurkan bahan yang lain biar pekat sedikit agar udang nanti mudah disaluti oleh tepung...seperti cokodoktu..!biarkan sebentar 5min.
3)Panaskan minyak (dalam minyak yang banyak).
4)Celup udang seekor sahaja ke dalam tepung...lalu goreng...hingga kuning..(pegang ekor...celup kiri kanan saja... jangan digaul udangtu nanti perasa tiramnya tak rasa pada udangnye.. yang telah disaluti oleh sos tiram...)
klik disini jika suka..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...