Followers

Sunday, January 30, 2011

ayam goreng rangup Crispy!!

Ayam goreng yang lazat pasti nak lagi...kalau nak buat bisnes pun boleh juga...ayam jadi lembut enak dimakan begitu sahaja...Kalau anak-anak tak mahu makan pasti berselera punya... daripada beli kat kedai ayam Kentucky dengan harga yang mahal.."tepung campuran mak uda "ni boleh didapati disini..buatan sendiri...pasti halal dari tepung yang biasa didapati dikedai hanya telah dicampur dengan berbagai jenis tepung dan rempah-rempah untuk menyedapkannya lagi...buatan orang melayu.
ayam goreng rangup Crispy

Ayam Goreng Rangup Crispy
Bahan-bahannya:-
1/2 ekor ayam-dipotong kecil
2cawan tepung campuran (mak uda)/tepung apa-apa jenis jenama pun boleh!
2sb jus lemon/1 biji limau kasturi-ambil jusnya
1biji telur ayam-taruh separuh je..
sedikit garam


Caranya:-
1)Gaul ayam bersama jus,garam dan sedikit tepung...
2)Perap didalam bekas masukkan dalam peti sejuk satu 30min atau lebih..
3)Masukkan tepung kedalam bekas lain dan masukkan seketul ayam lalu lumur
dengan tepung kemudian picit-picitkan dengan jari-jemari bersama tepung hingga ayam penyek tetapi jangan sampai hancur atau bercerai daging ayamnya.Berhati-hati kerana nanti tercucuk tulang ayam...pulak!!
 4)Asingkan...ulang lagi...hingga ayam habis..
5)Barulah digoreng dalam minyak yang banyak..tutup kuali dengan penutup gunakan api yang kecil..
selamat mencuba!!!
p/s jika tepung dah tak melekat kat ayam tu..tambah tepung lagi..biar tepung menyaluti ayam sepenuhnya...

3 comments:

  1. mcm sedap jer ni.. nak try laa... tepung tu guna tepung gandum biasa x leh ke kak?

    ReplyDelete
  2. boleh!tapi campur ngan serbuk kari,1st baking powder,1sb tepung kastat...selamat mencuba..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...