Followers

Sunday, March 6, 2011

pisang goreng rangup manis

Dari pagi ,kata nak goreng pisang tapi tak goreng2..sampai dah lembik!!..kata mak.Saje je.. mak cakap macam tu, sebab dia lagi suka kalau pisang yang digoreng tu basah dan lembik bila nak dimakan...
Bukan ape maklum le mak dah tak de gigi..Kalau keras dah tak boleh digigit, sakit gusi kate nye.. 
Petang tu barulah Kak Sue buat kan untuk mak tersayang...
Selalu kalau dah lembik ni..Kak Zai buat cekodok je...Katanya, "kalau dah lembik pisangni.. pisang akan menyerap minyak mak tak boleh makan nanti batuk!!"
 Begitulah beliau terlalu perihatin akan kesihatan ibunya itu...tapi adiknya yang sorang ni... tak sampai hati pula! bila emak selalu pesan kat anak akak suruh pilih, bila beli pisang goreng kat warong...yang lembik tau,yang keras tak nak!! mana lah ade orang jual pisang goreng yang dah lembik!! 
kat sini ade lah, mak!!!
 pisang goreng rangup manis
bahan2
pisang secukupnye-dibelah dua
2cwn tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2sb tepung kastat/tepung jagung
1st baking soda
gula secukupnya
sedikit garam
air
caranye..
1)Campurkan semua tepung,garam dan air jadikan batter.
2)Panaskan minyak.
3)Tabur 1sb gula pada tepi mangkuk yang ada butter,celup pisang dan goreng.Lakukan satu-satu(supaya gula masih berketul melekat pada pisang, bila digoreng gula akan kelihatan mencair/berbiji...)tabur gula lagi pada kawasan butter yang lain..ulangi lagi..
4)Angkat bila agak kekuningan.
   selamat mencuba amat mudah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...