Followers

Thursday, April 21, 2011

**KeK LaPiS tEmBiKaI**

Kek nii...memang sedap..dan cantik jika ditambah dengan hiasan sekali..,

apa salahnya jika anda mencubanya dirumah walaupun bahannya amat berat tetapi berbaloikan.....
kek tembikai yang telah siap dengan hiasan..

kek lapis tembikai


tak sabar nak makan..


KEK TEMBIKAI

 Resepi Sumber Pn.Rabiah Amit , dr blog Bro.Rozzan dan dr blog Bake With MillA).


Bahan A

20 biji kuning telur

6 biji putih telur

200 gm gula kaster

50 gm tepung roti tunjuk (biskut jejari)

150 g tepung hong kong

1 sudu makan ovellete

Coklat rice - saya guna coklat chip aja..

Pewarna hijau

Pewarna kuning

Pewarna merah

Bahan B
450 gm mentega

4 sudu makan susu pekat

1 tin kecil serikaya

Cara

1. Pukul bahan A hingga kembang dan pekat. Pukul bahan B hingga putih.


2. Campurkan kedua-dua adunan dan kacau rata. Bahagikan kepada 3 bahagian

(a) pewama hijau.

(b) pewarna kuning.

(c) pewarna merah.


3. Bakar adunan kuning sebanyak 3 lapis. Diikuti dengan adunan hijau sebanyak 3 lapis.


4. Kemudian masukkan 5 sudu makan adunan merah dan ratakan. Taburkan sedikit coklat rice/chip. Bakar.


5. Lakukan proses yang sama pada adunan merah sebanyak lapan lapisan atau sehingga habis.


6. Lapiskan pula adunan kuning sebanyak 3 lapis dan diikuti pula lapisan hijau sebanyak 3 lapis.

p/s: rasanya sedap..lemak..manis..(kerana hendak warna yang cantik jgn gunakan lebih perwarna nanti rasa pahit/ kurang enak pulak..)

1 comment:

  1. wahhh..!!
    suka..suka..suka...

    menarik..tertarik...
    nampak sedap kek nie...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...