Memang tidak pernah sesiapa menjangkakan perkara sebegini akan berlaku!bagaimana dalam masa yg singkat kita akan membazirkan wang rm13,000 hanya kerana makan di restoran!..
Sememangnya ikan patin adalah antara ikan yang mahal harganya..lebih2 lagi bila ia telah dimasak dan dihidangkan sebegini rupa! siapa saje pasti ingin menikmatinye!... walaupun hargenye mencecah puluhan ringgit...tapi lebih malang lagi bila kite tidak pernah terfikir harganye boleh mencecah melebihi wang disaku!..(ratusan ringgit).Rasa ikannya yg lemak2,manis,lembut dan tidak hanyer.. jika pandai memasaknye..pasti rasa lebih terangkat!!!.. Harga ikan patin, tidaklah semahal mana! kemungkinan tempat ia dijual, dikenakan bayaran ,kos dan lain2. (sewa/perkhidmatan).Kita sebagai pelanggan harus lebih berhati2.Pastikan ada tanda harga yg dipamerkan! jika layan diri tak leh nak cakap ape le!
Main congak harge aje kot! atau harge untuk sepinggan.
|
Kalau satu manggkukni! mahu dalam rm25 ni ,untuk makan sorang aje tau!... |
|
Lebih enak jika masak gulai lemak patin atau patin masak tempoyak tak pun masak asam pedas!!!..
|
|
memang sukar untuk memancing/menangkap ikan ni..mau berjam2! lain le kalau ade ternak kat kolam ke? patin! patin! oh!fatin! he!he!he!(saje nak sakat atin!)
|
kalau dah masak ,terhidang kat meja macamni!!..mm sedapnye!! lupa nak tanye harge? |
Tergamam hidangan patin RM13,000 11/04/2011 5:22pm
Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.
Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.
"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernamahari ini.
Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.
"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.
Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.
Bernama difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.
Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.
Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.
Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.
Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali, katanya. |
- Paling suka kalau makanan sebegini dimakan bersama family...(ikan bakar).Sesekali penah gak kena macamni!.. kantoi!!.. warong tepi jalan je!!..
Selalu makan patin memang kegemaran tapi mak masak sendiri beli kat sangkar kawn huhuh murah jer...
ReplyDeletekosnye lebih murah kalau masak sendiri...satu family boleh rasa!..nak tambah lagi pun boleh!..
ReplyDelete